BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 29, 2011

Ternak Keli Tambah Pendapatan:

SIAPA sangka, hobi memancing keli akhirnya menukar nasib seorang kaki pancing menjadi usahawan akuakultur apabila Tan Teck Whatt, 48, kini mampu tersenyum megah berikutan berjaya mengeluarkan hasil ternakan keli (Clarian batrachus) sebanyak 10 hingga 15 tan metrik sebulan.

Perubahan status itu sekali gus melayakkan beliau dinobatkan penternak paling berjaya di daerah Bera, Pahang, baru-baru ini.
Menurutnya, keli memang mendapat permintaan tinggi di pasaran meskipun harganya tidak semahal berbanding ikan lain.
Harga borong tertinggi lazimnya sekitar RM3.00 sekilogram sahaja, namun tambahan pendapatan banyak bergantung kepada kebijaksanaan mengatur kaedah pemakanan selain memastikan persekitaran kolam bersih dan selamat.

"Pertama kali membelanya, saya menempuh pengalaman amat menakutkan kerana banyak ikan mati secara tiba-tiba.

“Perasaan cemas memang ada, tetapi selepas mengetahui punca kesilapannya, saya pantas mengubah keadaan,’’ katanya ketika ditemui, di kolam ternakannya, di Bera, Pahang, baru-baru ini.

Katanya, kematian kan keli sama ada ketika peringkat ashan dan matang banyak berpunca daripada kepadatan terlalu tinggi dalam kolam ternakan.
Beliau berkata, jika tidak diasingkan anak ikan keli itu dengan segera, maka akibatnya kandungan oksigen berkurangan sekali gus bakal menyaksikan ikan berkenaan mati mengejut.

"Paling kritikal ialah semasa anak keli dalam kolam asuhan. Sifatnya yang ‘karnibal’ akan terserlah jika dibiarkan tanpa makanan mencukupi. Pada peringkat ini, ia perlu dijaga rapi dan perlu diasingkan mengikut saiz.

"Selain itu, kaedah pemberian makanan hendaklah mengikut jadual dan secukupnya. Jika tidak, ia akan membaham sesama sendiri," katanya.

Keli kini tersohor sebagai sumber protin yang boleh didapati dengan harga murah. Selain kaya zat makanan ia banyak dihidangkan di kedai makanan seluruh kampun bahkan pemilik restoran ternama di kota juga beralih kepada resepi keli dengan kaedah masakan terkini yang menyelerakan.

Namun, rahsia Teck Whatt menternak keli dalam skala besar akhirnya terdedah apabila memberitahu penulis bahawa keli berpotensi menghasilkan ‘Kalogen’ yang diambil daripada kulitnya untuk dirumus secara saintifik dan kemudian dijadikan bahan utama penghasilan kosmetik.

"Pemborong akan datang ke ladang setiap minggu untuk mengambil bekalan. Kebanyakannya untuk pasaran sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan," katanya.

0 comments: