BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 18, 2012

4 perkara yang boleh membawa hubungan ke arah perkahwinan bahagia



Semua orang ingin hubungan percintaan mereka 
berakhir dengan perkahwinan. Untuk realisasikan 
impian semua pembaca, anda perlu berusaha berdasarkan 
4 perkara berikut:

Perkara pertama ; Belajar saling menghormati.
Jika semasa bercinta anda tidak mampu menghormati 
pasangan anda, bagaimana anda hendak bahagia 
apabila berkahwin nanti. Kebahagiaan akan hadir 
apabila anda hormat apa yang pasangan anda 
lakukan dan dia juga hormat apa yang anda lakukan. 
Jika tiada perasaan hormat, masing–masing hanya 
tahu salahkan antara satu sama lain sahaja dan 
hubungan dua hala sukar tercapai.

Perkara kedua ; Sentiasa memberi galakan.
Apabila anda berdua saling memberi galakan, anda 
berdua akan lebih serasi antara satu sama lain. 
Jika pasangan anda selalu mematahkan semangat 
anda, anda perlu berfikir kembali adakah dia 
sesuai untuk anda.
Ini kerana perkahwinan akan jadi bahagian jika anda
kedua–duanya saling menyokong antara satu sama lain.

Perkara ketiga ; Percaya pada pasangan.
Jika tiada kepercayaan, ikatan pasti tidak akan 
terjadi. Anda perlu ada kepercayaan pada pasangan 
anda, barulah apabila berkahwin nanti anda berdua 
akan bahagia.

Perkara keempat ; Tidak manipulasi.
Perkara terakhir yang akan membawa anda dan 
pasangan anda kepada perkahwinan bahagia adalah 
anda berdua tidak manipulasi antara satu sama 
lain.

Maksudnya anda berdua tidak menyembunyikan 
kebenaran. Sikap tidak berterus terang akan hanya 
membawa hubungan anda ke arah kemusnahan.
Sekian dulu dari saya, semoga bermanfaat buat
semua...

apakah ertinya PERKAHWINAN?




Definisi Perkahwinan


Perkahwinan mengikut istilah adalah penyatuan atau 

percampuran. Menurut istilah syara' pula, 

perkahwinan adalah ijab dan qabul yang menghalalkan 

persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang di 

ucapkan oleh kata - kata yang menunjukkan nikah, 

menurut peraturan yang di tetapkan Islam.



Persediaan Perkahwinan


Dah kahwin? Kalau belum, mari baca beberapa tips 

persediaan perkahwinan, dan kalau yang dah kahwin 

dan ingin melangsungkan perkahwinan lagi, apa 

salahnya membaca juga kan?



Perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat 

penting, jadi perkahwinan bukan melibatkan persediaan 

persalinan semasa majlis perkahwinan dan barang 

hantaran saja, malah ia membabitkan soal persediaan 

emosi, spiritual, ekonomi dan fizikal.


Berikut merupakan sedikit senarai semak, sebagai

tanda persediaan perkahwinan.



*di susun bukan mengikut keutamaan


- Budget Kahwin -

Perkara yang boleh di anggap penting. Pasangan 

yang mahu melangsungkan perkahwinan perlu menyediakan 

budget kahwin yang mencukupi. Budget kahwin ni 

termasuklah semua perkara, dari segi hantaran, 

persalinan, jurusolek, jurugambar, makan, cenderahati 

kepada tetamu dan lain - lain perkara yang termasuk 

dalam budget perkahwinan.


Lebih penting, perlu juga memastikan ada baki dalam

akaun simpanan, takut nanti lepas kahwin, kena puasa

berbulan - bulan, hehee...



- Rancang tarikh -

Penting untuk memilih tarikh bagi merisik, bertunang, 

bernikah dan berkahwin (pihak perempuan) dan majlis 

menyambut tetamu (pihak lelaki). Pemilihan tarikh 

yang sesuai amat penting supaya majlis yang akan 

berlangsung juga akan menjadi lebih meriah.



- Kursus Kahwin - 

Kahwin pun kena pergi kursus. Jangan pula nanti main 

redah je. Ok, sila pastikan diri telah menghadiri 

kursus kahwin, yang melayakkan kita kahwin. Kursus 

macam ni, ada yang liat nak hadiri juga?...



- Perbincangan - 

Perbincangan ni termasuklah persediaan untuk konsep 

perkahwinan, adat perkahwinan, menentukan perbelanjaan, 

kad jemputan, dan juga tempat berbulan madu. Hahah, 

ini pun masuk dalam persediaan perkahwinan ke? 


Entahlah, ye kot, senang nak merancang kan.. Jadi, 

lakukan perbincangan dan sebaik - baiknya dipersetujui 

kedua - dua belah pihak.



- Pengantin - 

Nak kahwin, mesti lah ada pasangan pengantin kan? Jadi, 

mungkin ini perkara utama yang perlu disediakan dalam 

persediaan perkahwinan. Kalau boleh biarlah pasangan 

suka sama suka, jangan pula masih ada kahwin paksa

-rela, ei ni kahwin betul - betul la, bukan cubaan!



Ha, itu merupakan senarai yang saya fikir perlu 

disediakan untuk persediaan perkahwinan. Kalau ANDA

di sana yang sudah berpengalaman berkahwin 1,2,3 

atau 4, maksud jelas saya, yang sudah berpengalaman 

berkahwinlah, ada beberapa cadangan tambahan, saya alu 

- alukan untuk meninggalkan pendapat anda. Bukan apa, 

saya boleh jadikan rujukan nanti, hehee..

 

Semoga bermanfaat buat semua pembaca... Terima Kasih :)

Thursday, March 15, 2012

10 CARA TAKLUKI WANITA IDAMAN!



Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah 
sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan
perasaan takut dan malu. Tapi mulai hari ini
singkirkan perasaan tersebut.  Gunakan 10 tips
berikut untuk menawan hati si dia.
 
 
1. Menerima Seadanya
 
Mendekati wanita yang anda sukai adalah 
suatu cabaran. Apabila anda mahu memiliki 
wanita idaman, anda perlu berlaku jujur 
kepada diri sendiri. Jangan sesekali menonjolkan 
sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.
 
 
2. Jangan Membuat Penilaian Awal
 
Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan. 
Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya. 
Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita 
muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya 
ianya bukan  perkara mudah.
 
Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya. Yang
penting, terimalah si dia seadanya.
 
 
3. Berikan Dirinya Ruang
 
Biarkan dia memasuki hati dia seluas-luasnya.
Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali
kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam
percintaan.
 
 
4. Bertindak Seadilnya
 
Apabila anda mula menyukai seseorang, 
biarkan dia mengenali siapa diri anda. Biar 
dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi 
dan impian anda agar dia dapat mengenal 
anda dengan lebih rapat.
 
Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya
dengan jujur.  Barulah perkenalan anda itu
menjadi lebih terbuka.
 
 
5. Sebuah Senyuman
 
Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan 
memiliki apa yang anda inginkan.  Inilah penangan
sebuah senyuman. Senyuman tidak memerlukan
sebarang bayaran pun.
 
Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang
ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau
pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta
ahli keluarganya.
 
 
6. Jadilah Sebaik Mungkin
 
Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan 
anda berdepan dengan persaingan. Ia mungkin
datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling
dan sebagainya. Jadi jikalau anda ingin memenangi
hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya.
 
Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari
orang lain. Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda
akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding
orang lain.
 
 
7. Berusaha Gigih Untuk Memiliki
 
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan 
datang bergolek, yang pipih tidak akan datang 
melayang. Jadi anda perlu berusaha dan terus
berusaha. Jangan sesekali mudah putus asa,
sebaliknya berusaha untuk memilikinya.
 
Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, 
sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik 
perhatiannya. Berusaha bukan bermakna anda 
perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh 
atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ 
dan EQ anda.
 
 
8. Jangan Keterlaluan
 
Apabila anda berusaha memiliki seseorang 
yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan. 
Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan 
meluat. Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan 
anda.
 
 
9. Kenali Dirinya
 
Apabila anda mula menyukai seseorang gadis, 
kaji diri mereka seadanya.  Pastikan anda
mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan 
sebagainya.
 
Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka
yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki
idamannya kerana mengetahui semua minatnya.
 
 
10. Jangan Terlalu Peramah
 
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu 
rapat dengan kawan-kawan mereka? Untuk makluman, 
wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang 
yang cukup tinggi. Mereka juga prihatin malah 
begitu mengambil berat.
 
Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita,
jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu
ingin mengambil tahu segalanya.
 
 
SELAMAT MENCUBA & BERJAYA .....