Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah
sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan
perasaan takut dan malu. Tapi mulai hari ini
singkirkan perasaan tersebut. Gunakan 10 tips
berikut untuk menawan hati si dia.
1. Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang anda sukai adalah
suatu cabaran. Apabila anda mahu memiliki
wanita idaman, anda perlu berlaku jujur
kepada diri sendiri. Jangan sesekali menonjolkan
sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.
2. Jangan Membuat Penilaian Awal
Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.
Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.
Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita
muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya
ianya bukan perkara mudah.
Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya. Yang
penting, terimalah si dia seadanya.
3. Berikan Dirinya Ruang
Biarkan dia memasuki hati dia seluas-luasnya.
Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali
kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam
percintaan.
4. Bertindak Seadilnya
Apabila anda mula menyukai seseorang,
biarkan dia mengenali siapa diri anda. Biar
dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi
dan impian anda agar dia dapat mengenal
anda dengan lebih rapat.
Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya
dengan jujur. Barulah perkenalan anda itu
menjadi lebih terbuka.
5. Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan
memiliki apa yang anda inginkan. Inilah penangan
sebuah senyuman. Senyuman tidak memerlukan
sebarang bayaran pun.
Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang
ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau
pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta
ahli keluarganya.
6. Jadilah Sebaik Mungkin
Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan
anda berdepan dengan persaingan. Ia mungkin
datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling
dan sebagainya. Jadi jikalau anda ingin memenangi
hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya.
Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari
orang lain. Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda
akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding
orang lain.
7. Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan
datang bergolek, yang pipih tidak akan datang
melayang. Jadi anda perlu berusaha dan terus
berusaha. Jangan sesekali mudah putus asa,
sebaliknya berusaha untuk memilikinya.
Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja,
sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik
perhatiannya. Berusaha bukan bermakna anda
perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh
atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ
dan EQ anda.
8. Jangan Keterlaluan
Apabila anda berusaha memiliki seseorang
yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan.
Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan
meluat. Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan
anda.
9. Kenali Dirinya
Apabila anda mula menyukai seseorang gadis,
kaji diri mereka seadanya. Pastikan anda
mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan
sebagainya.
Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka
yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki
idamannya kerana mengetahui semua minatnya.
10. Jangan Terlalu Peramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu
rapat dengan kawan-kawan mereka? Untuk makluman,
wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang
yang cukup tinggi. Mereka juga prihatin malah
begitu mengambil berat.
Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita,
jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu
ingin mengambil tahu segalanya.
SELAMAT MENCUBA & BERJAYA .....