BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 15, 2012

10 CARA TAKLUKI WANITA IDAMAN!



Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah 
sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan
perasaan takut dan malu. Tapi mulai hari ini
singkirkan perasaan tersebut.  Gunakan 10 tips
berikut untuk menawan hati si dia.
 
 
1. Menerima Seadanya
 
Mendekati wanita yang anda sukai adalah 
suatu cabaran. Apabila anda mahu memiliki 
wanita idaman, anda perlu berlaku jujur 
kepada diri sendiri. Jangan sesekali menonjolkan 
sifat yang bukan menjadi kebiasaan anda.
 
 
2. Jangan Membuat Penilaian Awal
 
Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan. 
Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya. 
Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita 
muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya 
ianya bukan  perkara mudah.
 
Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya. Yang
penting, terimalah si dia seadanya.
 
 
3. Berikan Dirinya Ruang
 
Biarkan dia memasuki hati dia seluas-luasnya.
Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali
kalau anda pernah kecewa sebelum ini dalam
percintaan.
 
 
4. Bertindak Seadilnya
 
Apabila anda mula menyukai seseorang, 
biarkan dia mengenali siapa diri anda. Biar 
dia kenali minat anda, kawan, keluarga, hobi 
dan impian anda agar dia dapat mengenal 
anda dengan lebih rapat.
 
Pastikan anda menjawab setiap pertanyaannya
dengan jujur.  Barulah perkenalan anda itu
menjadi lebih terbuka.
 
 
5. Sebuah Senyuman
 
Melalui sebuah senyuman, anda mungkin akan 
memiliki apa yang anda inginkan.  Inilah penangan
sebuah senyuman. Senyuman tidak memerlukan
sebarang bayaran pun.
 
Anda hanya perlu melemparkan senyuman yang
ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau
pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta
ahli keluarganya.
 
 
6. Jadilah Sebaik Mungkin
 
Memiliki wanita idaman anda mungkin memerlukan 
anda berdepan dengan persaingan. Ia mungkin
datang dari kawan-kawan anda, orang disekeliling
dan sebagainya. Jadi jikalau anda ingin memenangi
hatinya, jadilah diri anda yang sebaiknya.
 
Pastikan gaya dan penampilan anda berbeza dari
orang lain. Tapi awas, jangan berlebihan kerana anda
akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding
orang lain.
 
 
7. Berusaha Gigih Untuk Memiliki
 
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan 
datang bergolek, yang pipih tidak akan datang 
melayang. Jadi anda perlu berusaha dan terus
berusaha. Jangan sesekali mudah putus asa,
sebaliknya berusaha untuk memilikinya.
 
Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, 
sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik 
perhatiannya. Berusaha bukan bermakna anda 
perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh 
atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ 
dan EQ anda.
 
 
8. Jangan Keterlaluan
 
Apabila anda berusaha memiliki seseorang 
yang anda sukai, jangan terlalu berlebihan. 
Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan 
meluat. Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan 
anda.
 
 
9. Kenali Dirinya
 
Apabila anda mula menyukai seseorang gadis, 
kaji diri mereka seadanya.  Pastikan anda
mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan 
sebagainya.
 
Kalau anda berjaya menjadi seorang peneka
yang tepat, anda mungkin akan menjadi lelaki
idamannya kerana mengetahui semua minatnya.
 
 
10. Jangan Terlalu Peramah
 
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu 
rapat dengan kawan-kawan mereka? Untuk makluman, 
wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang 
yang cukup tinggi. Mereka juga prihatin malah 
begitu mengambil berat.
 
Jadi kalau anda cuba mendekati seorang wanita,
jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu
ingin mengambil tahu segalanya.
 
 
SELAMAT MENCUBA & BERJAYA .....

0 comments: