BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 29, 2011

Ternak Keli Tambah Pendapatan:

SIAPA sangka, hobi memancing keli akhirnya menukar nasib seorang kaki pancing menjadi usahawan akuakultur apabila Tan Teck Whatt, 48, kini mampu tersenyum megah berikutan berjaya mengeluarkan hasil ternakan keli (Clarian batrachus) sebanyak 10 hingga 15 tan metrik sebulan.

Perubahan status itu sekali gus melayakkan beliau dinobatkan penternak paling berjaya di daerah Bera, Pahang, baru-baru ini.
Menurutnya, keli memang mendapat permintaan tinggi di pasaran meskipun harganya tidak semahal berbanding ikan lain.
Harga borong tertinggi lazimnya sekitar RM3.00 sekilogram sahaja, namun tambahan pendapatan banyak bergantung kepada kebijaksanaan mengatur kaedah pemakanan selain memastikan persekitaran kolam bersih dan selamat.

"Pertama kali membelanya, saya menempuh pengalaman amat menakutkan kerana banyak ikan mati secara tiba-tiba.

“Perasaan cemas memang ada, tetapi selepas mengetahui punca kesilapannya, saya pantas mengubah keadaan,’’ katanya ketika ditemui, di kolam ternakannya, di Bera, Pahang, baru-baru ini.

Katanya, kematian kan keli sama ada ketika peringkat ashan dan matang banyak berpunca daripada kepadatan terlalu tinggi dalam kolam ternakan.
Beliau berkata, jika tidak diasingkan anak ikan keli itu dengan segera, maka akibatnya kandungan oksigen berkurangan sekali gus bakal menyaksikan ikan berkenaan mati mengejut.

"Paling kritikal ialah semasa anak keli dalam kolam asuhan. Sifatnya yang ‘karnibal’ akan terserlah jika dibiarkan tanpa makanan mencukupi. Pada peringkat ini, ia perlu dijaga rapi dan perlu diasingkan mengikut saiz.

"Selain itu, kaedah pemberian makanan hendaklah mengikut jadual dan secukupnya. Jika tidak, ia akan membaham sesama sendiri," katanya.

Keli kini tersohor sebagai sumber protin yang boleh didapati dengan harga murah. Selain kaya zat makanan ia banyak dihidangkan di kedai makanan seluruh kampun bahkan pemilik restoran ternama di kota juga beralih kepada resepi keli dengan kaedah masakan terkini yang menyelerakan.

Namun, rahsia Teck Whatt menternak keli dalam skala besar akhirnya terdedah apabila memberitahu penulis bahawa keli berpotensi menghasilkan ‘Kalogen’ yang diambil daripada kulitnya untuk dirumus secara saintifik dan kemudian dijadikan bahan utama penghasilan kosmetik.

"Pemborong akan datang ke ladang setiap minggu untuk mengambil bekalan. Kebanyakannya untuk pasaran sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan," katanya.

Minuman Berkarbonat Maniskan Isi Ikan:

IKAN yang mempunyai isi tawar seperti toman dan belitung tidak sedap dimakan apatah lagi isinya yang sangat tawar apabila dimasak dengan pelbagai masakan tempatan.

Untuk mereka yang pandai memasaknya, ikan ini akan menjadi manis isinya sekiranya dibuat dengan cara tersendiri untuk dijadikan lauk bagi santapan keluarga.
Cara untuk membuatkan ikan terbabit menjadi manis iaitu potong ikan dengan dibuang semua isi perutnya dan kemudian potong mengikut saiz kesukaan anda.
Selepas itu dapatkan air minuman berkarbonat seperti Coca-Cola (tin) dan kemudian rendamkan isi ikan yang dipotong tadi selama 30 minit atau 1 jam.

Pemancing yang mencuba tip ini menyatakan ikan ikan terbabit akan menjadi manis dan sedap dimakan dengan apa jenis masakan yang dibuat oleh mereka.

Thursday, May 19, 2011

Petua Udang Galah


SEBUT saja udang galah (Macrobrachium resembergii), semua kaki pancing naik gian. Soalan pertama yang dilontarkan, dimana lokasinya, umpan apa yang digunakan dan bila musim terbaik untuk memancingnya.
Lazimnya, untuk menjinakkan Pak Janggut, berbagai umpan boleh digunakan. Sama ada umpan isi ikan, cacing tanah atau adunan dedak pellet yang diuli. Namun, dari tinjauan joran mendapati, penggunaan umpan perumpun paling berkesan menjinakkannya.
Perumpun hampir sama dengan cacing tanah cuma perbezaannya, ia mempunyai kaki yang banyak sepanjang badannya.

Habitat juga hampir sama. Cacing tanah bersarang dalam tanah manakala perumpun dalam selut berair masin sekitar hutan bakau atau nipah.
Menurut Ahmad Haris Haizal, 22, pemancing udang galah junior dari Pekan, Pahang, permintaan terhadap perumpun begitu meningkat setiap kali tiba musim udang udang galah mengena. Justeru, penawaran harganya meningkat sehingga mencecah harga RM10 bagi setiap lima ekor bagi yang benar-benar segar.
“Tetapi berbaloi. Pemancing yang menggunakan umpan perumpun segar tidak pernah berputih mata. Pasti ada habuan yang dibawa balik. Sama ada Tok Janggut bersepit biru, ikan patin atau baung.
“Lazimnya, perumpun boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Perumpun pasir khusus untuk menjinakkan ikan bulus (Sillago sihama), gelama (Scaena spp.) dan duri (Tachysurus spp.).

“Perumpun Jengkau khusus untuk jenahak (Luthianus johni) manakala perumpun merah untuk memerangkap spesies ikan air tawar terutama udang galah dan juga baung (Mystus spp.).
“Untuk menjimat kos, umpan perumpun boleh dicari sendiri. Caranya tidak begitu susah. Yang penting dapatkan sarang atau lubangnya. Isi ikan, nasi, nenas atau belacan boleh digunakan sebagai media menariknya keluar dari sarang,’’ katanya.
Kaedah menggunakan isi ikan paling mujarab menariknya keluar iaitu dengan memasukkan isi ikan ke dalam perca kain atau stoking dan perah agar titisan air menitis masuk ke dalam sarang perumpun.
Bau busuk perahan air isi ikan akan menariknya keluar dari tempat persembunyian. Ia akan menjalar keluar mencari sasaran dan terus tangkapnya”, jelasnya.
Katanya lagi, perumpun boleh menjangkau sehingga 30 sentimeter panjang. Justeru bagi menjamin umpan ini sentiasa segar elakkan terdedah panas matahari. Sebaiknya, simpan dalam bekas berselut. Untuk digunakan sebagai umpan, potong bahagian ekornya dahulu dan biarkan bahagian kepala terus hidup.


Pengepit Biru Tanda Buaya


Memancing udang galah di sungai semula jadi atau sungai lama cukup menyeronokkan disamping memperoleh tangkapan udang yang banyak, berada persekitaran sungai sebegini sangat mendamaikan.
Namun, adakah kita tahu udang galah dan buaya berkongsi habitat dan pepatah lama ada menyebut di mana ada udang galah di situ ada buaya. Tip di sini, apabila kita menjumpai lubuk yang berjaya menaikkan udang yang banyak, kita dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama dekat lubuk di situ.
Dikatakan lubuk yang mempunyai udang galah yang banyak kebarangkalian didiami buaya yang berdekatan dengan lubuk udang ini. Ini mungkin membahayakan diri yang mungkin menjadi sasaran serangan binatang pemangsa ini.

Saturday, May 7, 2011

Tanda-tanda Seseorang Lelaki Telah Jatuh Cinta Dengan Sepenuh Hati...



Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.
Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cintadengan relanya.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.
Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.


Tanda2 lelaki yang jatuh cinta dengan hebat :

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti 
hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH. . . .