BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 12, 2011

Petua Menyuburkan Cinta

  • 1.        Tulis dan tampal. Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya  di kerusi,papan pemuka kereta si dia,di komputer riba atau di halaman akhbar yang akan dibaca.
  • 2.        Iklan di akhbar. Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman,bahkan cinta juga mengajar pasangan erti kewarasan.  Demi membuktikan kesetiaan cinta pada pasangan,lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi akhbar yang sering dibaca bersama puisi cinta anda padanya.
  • 3.        Bukukan cinta. Catatkan kisah perjalanan cinta anda berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel itu pada hari paling bahagia untuk anda berdua. Contohnya,pada ulang tahun hari lahir atau ulang tahun percintaan.
  • 4.        Pesanan cinta. Rakamkan beberapa baris pesanan cinta anda padanya atau nyanyikan lagu kegemaran anda berdua,lalu kirimkan padanya. Lebih canggih,tinggalkan pesanan cinta menerusi khidmat pesanan suara,MP3 atau panggilan secara rakaman video untuk mengungkapkan rasa cinta padanya.
  • 5.        Koleksi system pesanan ringkas(SMS). Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang diterima daripadanya dan tuliskan dalam sebuah buku. Kemudian,kirimkan buku itu padanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirim itu. Cara ini membuktikan anda menghargai setiap apa yang diucapkannya.
  • 6.        Menyusun silang kata atau mainan huruf. Kirimkan permainan huruf ‘saya cinta kamu’ atau
  • 7.        ‘I love you’ menerusi SMS. Hantarkan satu persatu perkataan supaya si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang anda kirimkan padanya.
  • 8.        Cinta dalam 100 bahasa. Belajar menyatakan ungkapan ‘saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.
  • 9.        Kirimkan hidangan tengah hari. Ketika mengirimkan hidangan kesukaannya,jangan lupa sematkan ucapan ‘saya cinta kamu’ diatas kotak makanan itu.
  • 10.   Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga member makna tersurat kepadanya sehingga kejutan itu membuat diri pasangan rasa hebat.
  • 11.   Apabila hubungan semakin erat terjalin, beberapa criteria yang lain harus diambil kira. Ia penting bagi menentukan usia perhubungan berterusan dalam jangka waktu yang lama atau ke akhir hayat.
Untuk memupuk rasa cinta berterusan, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan, antaranya:
  •  Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah sikap saling bekerjasama. Anda dan dia sering saling membantu dalam urusan remeh atau besar.
  •  Sering menempuh segala aspek kehidupan bersama-sama sehingga semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain.
  •  Salah satu criteria yang menentukan sesuai atau tidak dirinya adalah dia bersahaja didepan anda.
  •  Deria batiniah seolah-olah dapat dibaca oleh si dia apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain.
  • Bersama dirinya membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan.
  • Dia menjadi orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah.

Cinta Boleh Ubah Manusia



Ramai yang tahu mengenai cinta. Ramai yang tahu menyebutnya. Bahkan ramai yang tahu meluahkan kata-kata indah sekadar menzahirkan  keindahannya. Tetapi apakah sebenarnya cinta?
§  Sifat cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta itu akan cacat. Itulah cinta sebenar.
§  Cinta wujud sejak dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud didalam jiwa manusia sejak manusia lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka cinta kepada Tuhan.
Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.
§  Cinta bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya, jiwa bersedia memerima cinta, lantas sedia pula berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.
Seterusnya, sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
§  Cinta itu indah
Walaupun kewujudan cinta tidak mampu dilihat, cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng. Bukan sahaja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlapan dan putih bersih.
§  Cinta itu mengharapkan balasan
Cinta antara manusia itu menjurus kepada jodoh atau pasangan, daripada diri yang punya perasaan. Apabila dapat apa yang dicari,bermakna cinta itu sudah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali.
Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tetapi juga memberi.
§  Cinta itu menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ia dikongsi dengan orang lain.
Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
§  Cinta itu mengetahui
Pada asasnya, sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel cinta.
Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi, cinta Cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu peraturan cinta jika tidak diberikan panduan.
§  Cinta itu hidup
Cinta ibarat manusia, boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punyai deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tetapi ramai orang berharap supaya cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun sudah mati.
§  Cinta itu suci
Sebagaimana yang banyak diperkata-kan, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap belasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.
Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkannya daripada godaan nafsu yang tidak ada batasan. Disebabkan nafsu, cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
§  Cinta itu pesona
Cinta itu bukan saja indah tetapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tetapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana kita lihat bayi yang comel dan bersih. Dia senyum dan merapati kita. Kita pula terpesona kerana bukan saja ia comel tetapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.
Sifat cinta yang mempersona itulah yang sering membuatkan manusia ber-buat silap apabila bercinta. Apa saja yang dilakukan kekasihnya memper-sonakan dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa serta akan menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan nafsu. Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika kita sentiasa ingat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.
§  Apakah itu bukti cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bukti cinta ialah mengorbang-kan atau menyerahkan apa saja yang dimahukan kekasih. Mereka percaya jika itu tidak berlaku,cinta itu tidak tinggi nilainya.
Anggapan itu sebenarnya tidak tepat. Jika kita memberikan semua yang diingini kekasih, apa yang tinggal pada diri kita?
Benarkah dia cintakan kita bila dia mahukan pengorbanan kita?